Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

KERUGIAN...

Berikut adalah senarai part & modifikasi yang aku dah buat untuk ZReX aku...

1

ITEM / INSTALLATION DATE : Frame Slider / Crash Protector (15/03/13)
BRAND : R&G
DEALER : QBee, Taman Molek
PRICE : RM450.00 
Komen aku tentang produk ni:
Produk ni direka untuk model ZRX yang terdahulu... perlukan sedikit pengubahsuaian pada Slider sebelah kiri... Slider yang asal akan menyepit hose radiator... Slider perlu dibentuk dan dikemaskan supaya ada ruang kelegaan pada hose radiator...

2


ITEM / INSTALLATION DATE : Exhaust Protector (23/05/13)
BRAND : R&G
DEALER : QBee, Taman Molek
PRICE : RM150.00 
Komen aku tentang produk ni:
Produk ni aku dah bukak dan perlukan sedikit pengubahsuaian kalau nak dipasang semula pada ekzos yang baru kerana saiz diameter muffler yang baru agak kecil sedikit... sambungan rivet diantara bracket dengan protector tu jugak dah tertanggal...


3

ITEM / INSTALLATION DATE : Windscreen (20/07/13)
BRAND : Zero Gravity
DEALER : QBee, Taman Molek
PRICE : RM470.00 
Komen aku tentang produk ni:
Windscreen ni rasanya Zero Gravity design untuk ZRX model lama. Kebetulan Cowling ZRX model lama dan ZRX DAEG punya lubang screw sama dan tepat. So, Alhamdulillah... aku dapat pasang tanpa masalah.. tambahan pulak dengan windscreen yang tinggi boleh kurangkan rintangan angin yang kena ke badan masa ride...


4
ITEM / INSTALLATION DATE : Radiator Guard (21/12/13)
BRAND : Edge Factory
DEALER : Bike7Seven, Taman Desa Tebrau
PRICE : RM600.00 
Komen aku tentang produk ni:
Dua perkara yang aku kesan mengenai kebaikan produk ni. 
Satu... Design lubang angin ada dua pattern... design lubang tepi agak besar dan ditengah pulak lubang kecil sedikit... tujuan... elakkan batu-batu kecil dari tayar kotorkan radiator masa hujan. Memang bijak designer radiator guard ni...
Dua... radiator cepat sejuk dan material radiator guard ni cepat bebaskan udara panas dari radiator ke udara... memang sesuai dengan harganya...


5
ITEM / INSTALLATION DATE : Tail Tidy / Fenderless Kit (29/12/13)
BRAND : Daytona
DEALER : Bike7Seven, Taman Desa Tebrau
PRICE : RM600.00 
Komen aku tentang produk ni:
Apa yang aku berkenan dengan Tail Tidy ni ialah Reflector & Tail Lamp LEDnya. Masa redah jalan yang kotor pun taklah teruk sangat lumpur yang terpercik pada seat belakang. Semua lubang screw pulak masuk tepat pada sasarannya...


6
ITEM / INSTALLATION DATE : Head Light Protector (04/04/14)
BRAND : JP-akai
PRICE : RM797.00 
Komen aku tentang produk ni:
Hmmm... rasanya akulah orang pertama kat Malaysia ni, yang pasang benda ni pada ZRX. Punyalah susah nak dapatkan benda ni dari Akai-san... member ZRX dari Japan. Daripada berkenalan dengan beliau sampailah urusan jual-beli dan dapatkan khidmat nasihat dari dia. Selain dari lindungi Head Light, kelebihan protector ni ialah bentuknya yang aerodinamik...

7
ITEM / INSTALLATION DATE : Carbon Kevlar Tank Pad (05/04/14)
BRAND : A-Tech
DEALER :Bike7Seven, Taman Desa Tebrau
PRICE : RM316.70
Komen aku tentang produk ni:
Tank Pad terbaik yang dapat elak sisi tank dari calar masa bersentuhan dengan paha. Cuma bila beli online ni tak dapat lihat dan sentuh produk sebenar... dah sampai baru dapat tengok keadaan sebenar... mula-mula bila pasang pada tank agak janggal juga warnanya sebab Carbon Kevlar ni orang jarang guna pada motor... Tapi bila dah lama-lama naik juga serinya.



8

ITEM / INSTALLATION DATE :  
Rear Stabilizer + Roller Stand Hook (01/10/14)
BRAND : JP-akai
DEALER :JP-akai
PRICE : RM1,210.87
Komen aku tentang produk ni:
Dua lagi item terbaik dari Akai-san. Rear Stabilizer tu dapat kurangkan goyang yang datang dari frame dan absorber belakang masa amik corner. Bobbins tu pulak ada roller dan bibirnya pulak bersaiz besar... dapat elakkan calar pada swing arm masa kerja pad dock...










9
ITEM / INSTALLATION DATE :  
Injection Controller + Speed Cut Limiter (?/?/14)
BRAND : Special Agent
DEALER :Bike7Seven, Taman Desa Tebrau
PRICE : RM?
Komen aku tentang produk ni:
No Komen, setakat ini...











10
ITEM / INSTALLATION DATE :  
Replacement Air Filter - washable & reuseable (26/12/14)
BRAND : K&N
DEALER :Bike7Seven, Taman Desa Tebrau
PRICE : RM217.00
Komen aku tentang produk ni:
Setakat ni... bila dah tukar memang mantap... perah throttle memang terasa tayar depan mudah terangkat... terasa enjin lebih agresif dan minta untuk diperah lagi...
Air filter ni pulak boleh jenis diguna sampai semula... hanya cuci dan selagi tak rosak boleh digunakan sampai bila-bila... agak menjimatkanlah...





2 comments:

  1. SALAM BRO

    TAHNIAH SATU PERKONGSIAN ILMU YANG BAIK DAN BERMANFAAT

    SAYA JUGA PENCINTA DUA RODA, LEBIH CENDERUNG RIDE UTK MODE PENGEMBARAAN,

    SAYA AMAT BERMINAT DENGAN KAWASAKI ZRX1200 DAEG. TERUTAMA MODEL DAEG YANG TELAH DIPERTINGKATKAN.

    SAYA DIFAHAMKAN ZRX ADA SPPED CUT

    ADAKAH SPEED CUT LIMITER TERSEBUT DAPAT MENGHASILKAN TOP SPEED YANG TINGGI DARIPADA YANG ASAL.

    INSHAA ALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH SAYA BERHAJAT UTK MEMILIKI JENTERA STAIL RETRO INI.

    SALAM PERKENALAN DARI SAYA

    HAIMEE MOHTAR FROM DESARU

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Haimee...
    Top speed asal tak boleh 180km/j... lebih ajer motor sentap tak mau pergi..
    Bila dah loop speed cut limit... hari tu try tgk pd gps 235km/j, boleh perah lagi cuma takde keberanian utk teruskan pasal kepala dgn badan tak tahan menempuh angin...

    ReplyDelete