Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Thursday, 14 March 2019

15/03/2019 Melemang & Tukar Kasut Baru! Ermmm Raya Pun Dah Dekat Ni...

Assalamualaikum semua....
Patutlah sejak akhir-akhir ni ZRX aku tak berapa sedap bila dibawak. Tangan cepat lenguh dan respon fork depan tak berapa mantap bila lalu atas jalan yang berapa rata.
Rupa-rupanya fork depan belah kiri dah leaking... syukur perasan masa panaskan motor hari tu.

So mcm biasa aku pun contact Mekanik Kawasaki terbaik aku Mr. Man (Kawasaki Service Center), Taman Ungku Tun Aminah untuk order part ni. Menurut Mr. Man ZRX aku kena ganti Oil Seal & Fork Outer Tube Seal.. jadi kos keseluruhan sebatang fork termasuk tukar minyak fork & upah lebih kurang RM199.50/batang.

So aku rasa elok tukar dan servis dua-dua belah sekali. Satu kerja terus... tambahan lagi tayar depan & belakang pun mcm dah menunjukkan tanda-tanda kehausan.


Demi tak nak queue panjang... awal2 pagi, kedai tak bukak lagi aku dah sampai. Tambahan pulak Mr. Man sorang jer hari ni... partner dia cuti katanya...
Yesss... motor pertama yang dapat masuk pit... syukur sampai awal... takyah stress nunggu queue dan giliran... 
Dah rongak.. kalau ada alat yg lengkap memang cepat jadinyer kerja kan... mcm nak kena carik jugak la pad dock depan tu...
Fork depan kiri dan kanan yang sudah dibuka dan menanti utk dimasukkan pulut dan santan yer...
Proses membuang minyak lama dan menarik keluar oil seal yang rosak...
Tu dia lemang dah masuk santan baru... Mr. Man ni kalau buat kerja memang teliti... tak banyak cakap orangnya, tapi kalau kita tanya pasal teknikal, dia akan cuba terangkan sebaik mungkin.
Liqui Moly... Brand Fork Oil yang Mr. Man rekomenkan... 10W Medium (RM58.00/botol)
Kasut baru buat ZRX ku...sepasang Pirelli Angel ST made in China
Kasut lama Pirelli Angel ST yg sudah berjasa sejauh 17,480km... terima kasih banyak atas khidmatmu sepanjang kita bersama....
Akhirnya.... Dapat jugak merasa naik atas podium... gayat woooo...
Alhamdulillah... sempat juga disiapkan dalam masa 3 jam... (dari 0900 pagi  sampai 1200 tengah hari)... bukan apa... dahlah hari ni hari Jumaat... takut tak sempat... atas motor jer nanti dengar khutbah jumaat... huhuhuhuhuhu...


Berikut ini aku kongsi dan senaraikan tayar yang pernah berkhidmat pada ZRX aku ni dan jangka hayat tayar tu pada aku:

Tarikh tukar
Jenama Tayar
Millage
Tayar Asal
BRIDGESTONE BATTLAX BT021F M 120/70 ZR17 M/C (58W)
18,231km
BRIDGESTONE BATTLAX BT021R M 180/55 ZR17 M/C (73W)
2014/06/28
PIRELLI ANGET GT 120/70 ZR17 M/C (58W) TL
19,951km
PIRELLI ANGET GT 180/55 ZR17 M/C (73W) TL
2016/04/16
PIRELLI ANGET ST 120/70 ZR17 (58W) TL
17,480km
PIRELLI ANGET ST 180/55 ZR17 (73W) TL
2019/03/15
PIRELLI ANGET ST 120/70 ZR17 (58W) TL
TBD
PIRELLI ANGET ST 180/55 ZR17 (73W) TL

2 comments:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    ReplyDelete
  2. Salam bos
    Sy nk beli windshield zrx. Boleh cdgkan kedai yg ada

    ReplyDelete