Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Saturday, 3 December 2016

TRIP TO HAT YAI (28 - 30 NOV 2016)

Total Millage : 1911.3 km
Gasoline : 102.4 liter (RON97 + VRacing)
Gasoline Consumption : 18.7 km/liter
Gasoline Cost : RM239.00


Participant :
Aku - Kawasaki ZRX1200DAEG (dari Kota Tinggi)
Kamal - Kawasaki ER6-N (dari Kota Tinggi)
Salim & Rosziah - Kawasaki Z1000SX (dari Kota Tinggi)
Zakwan - Kawasaki VulcanS ( dari Temerloh )
Salleh - Kawasaki ER6-N ( dari Temerloh )


27 Nov 2016 - Final preparation sebelum memulakan konvoi. Tayar pressure depan belakang dah pam ikut specification, rantai dah bagi tegang dan diminyakkan, minyak enjin, brek dan coolant dah check dan mencukupi. Taknaklah motor buat hal dah menyusahkan rakan-rakan masa ride nanti. Lagi pun untuk ride jauh macam ni... motor kenalah tip top...

Seat bag dah diikat dengan kemas, Kapasiti  seat bag ni boleh masukkan muatan 17 liter dan boleh extend lagi sampai 21 liter. Cukuplah untuk kelengkapan dan pakaian sepanjang 2 hingga 3 hari punya trip.
28 November 2016 (Isnin)


0407 - RV di hadapan Petronas, Taman Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor. Masa ni kitaorang masih 3 buah motorsikal lagi. Aku, Kamal dan Salim (pillion Kak Rosziah). Zakwan dan Salleh menunggu kami di R&R Tapah pukul 1030.

Suasana masih gelap cuma ada beberapa pekerja kilang tengah tunggu van kilang untuk pergi kerja agaknya. Mujur takde anjing liar kat kawasan tu. Lebih kurang jam 0420 kami memulakan perjalanan kami. 
0611 - Isi minyak dan solat subuh kat Hentian Bas Ekpress Yong Peng, Johor. Plan nak sarapan pagi kat sini, tapi kedai makannya buka pukul 0800 la pulak. Baik teruskan perjalanan, dapat juga jimatkan masa perjalanan.

0719 - Sarapan pagi dan isi minyak kat Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka. Masih belum ramai pelanggan lagi. Pekena betik, nasi goreng separuh dan kopi O... 
Masih jauh lagi perjalanan kitaorang ni. Mujur cuaca pun nampak elok dan cerah pagi ni.
0948 - R&R Rawang, Selangor, isi minyak dan rehat sebentar. Cuaca dah macam mendung tapi takde tanda-tanda nak hujan. Aku tak kisah.. ride hujan-hujan pun takpe... hujung rambut sambung kaki semuanya waterproof. Sediakan payung sebelum hujan la katakan...
1042 - Bertemu dengan Zakwan dan Bro Salleh kat R&R Tapah. Rehat dan isi minyak sebelum menyambung semula perjalanan. Plan jumpa 1030 tapi kira okaylah.. 12 minit je lewat. Masih boleh dimaafkan lagi.


1544 - Berhenti Caltex R&R Gurun, Isi minyak, rehat dan urusan Kad Putih (RM2.00) dan Insurans Kenderaan (RM18.00). Menurut pegawai yang uruskan kiosk ni, mereka buka hari-hari. Sambil menunggu urusan selesai, sempat juga kami charging phone masing-masing. Bateri phone memang dah nak kong pasal lupa nak charging dari rumah.

Kad putih dan Insurans Kenderaan yang dah siap dicetak. Untuk kes Cikgu Salim yang bawak sekali pembonceng, insurans untuk pembonceng juga ada disediakan dengan kadar bayaran RM7.00 seorang. In case... buat aje ler... tak mahal mana pun...
1656 - Alhamdulillah... Selamat tiba dan parkir motor di Dan Nok Imigresen dan Kastam. Mula-mula kitaorang beratur serahkan Passport dan Kad Putih untuk urusan Imigresen Thailand. Setelah urusan pengesahan dan cop passport selesai. Kitaorang beratur pula untuk urusan Kastam Thailand, serahkan Geran Kenderaan (photostat yang dah diakui sah oleh Ketua Balai Polis) dan Passport. Pegawai Kastam tu nanti akan keluarkan Customs Declaration Form. Urusan dengan Kastam Thailand ni agak lama, sebab pegawai tu kena taip particular kita dengan motor milik kita tu satu-satu... nak cepat sikit selitkan duit la kot... huhuhuhu...
Sesi semak semua dokumen penting sementara menunggu sahabat-sahabat lain uruskan dokumen diaorang. Sebelah kanan aku tu tanah Malaysia. Motor, helmet dan barang-barang kitaorang park jer kat sebelah sana. Tawakkal..

Posing lagi sementara menunggu rakan-rakan lain menguruskan dokumen kastam dan sebagainya. Sebelah kiri aku tu ialah tanah Thailand.. masa ni... dah tergambar rasa puas, cemas, bimbang, excited dan macam-macam lagi.

Inilah dia Customs Declaration Form yang dikeluarkan oleh Kastam Thailand untuk kenderaan yang kita bawa masuk ke Thailand... perlu diingat bahawa dokumen ini perlu dijaga elok-elok dan mesti dipulangkan semula masa kita nak keluar semula dari Thailand. Kalau tak... kita akan dikenakan denda sebanyak 10,000 bath dan kenderaan kita juga boleh disenarai hitamkan. 


Ambil gambar kenangan dulu kat batu sempadan Malaysia-Thailand sebelum teruskan perjalanan... dah 13 jam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor. Punggung pun lebih daru kebas rasanya...
Lepas ini kitaorang singgah kat Dan Nok pula cari Money Changer untuk urusan tukaran duit Ringgit ke Bath dan cari kedai hand phone untuk beli prepaid Internet Data.
Tukar duit kat Money Changer Dan Nok, huhuhuhuhu... nilai tukaran... RM700 x 7.95 (rate) = 5,565 bath. Nilai ringgit Malaysia semakin mengecil nampaknya. Tapi takpelah nak buat macam mana kan.. dah masuk Thailand pun. 
Prepaid Internet Data.. settle dan kena beli kat Dan Nok juga pasal kat sini jurujual masih boleh bertutur Bahasa Melayu lagi. Mintak diaorang setting sekali internet. Mujur ASUS aku ada Dual SIM Card Slot.. So tak payahlah keluarkan SIM Card sedia ada. Kos prepaid internet data ni pula 299 bath (1.5G untuk seminggu langganan). Kalau convert duit ringgit bersamaan RM37.61. Ada banyak package lagi sebenarnya.. nak lagi murah pun ada.. tapi takut coverage tak baik pulak nanti... Harga nampak macam mahal tapi terpaksalah, kalau tak macam mana nak update status dengan keluarga tersayang yang jauh di perantauan. Huhuhuhu...
1925 - Alhamdulillah... setelah melalui laluan yang sukar dan mencabar dari Dan Nok ke Hat Yai (maklumlah guna waze.. laluan tikus pun dibelasahnya)... akhirnya sampai juga di Kosit Hotel, Hat Yai tempat kitaorang akan menginap sepanjang 2 malam. Bilik katil double 780 bath satu malam. Kira-kira dalam RM98.11... boleh tahan juga murahnya kalau dibandingkan dengan fasilitinya yang baik... lokasi hotel ni pula dekat dengan kedai makan Halal, 7eleven, pam minyak, massage dan sebagainya..
Pergh... buka-buka peti ais ada la pulak Singha Drinking Water dalam botol kaca ni. Dia punya nikmat bila teguk air sejuk tengah-tengah haus macam ni.. Allah sahaja yang tahu. Susah nak jumpa lagi packaging air dalam botol kaca macam ni. Terbaiklah Thailand... akan ku rembat satu untuk dibawa pulang... huhuhuhu...

Duit baki tinggal 4,486 bath. Lepas beli prepaid internet data dan bayar hotel. Tak biasa la pulak pegang duit besar-besar sampai beribu-ribu ni.. Mula-mula agak janggal nak guna currency macam ni... nak beli barang pun masih bingung lagi.
Lepas letak barang kat bilik hotel, bersihkan diri dan solat. Kami berkumpul semula kat lobby hotel dan plan untuk ke pasar malam terdekat cari makan malam. Naik tuk tuk jer ke pasar malam tu. Tambang untuk tuk tuk ni cuma 20 bath bagi setiap perjalanan dalam bandar Hat Yai. Best sangat... tuk tuk ni open jer... dapat layan keindahan malam hari di Hat Yai sambil makan angin...

2103 - Jalan-jalan dan cari makan area pasar malam... macam-macam barang ada jual kat sini. Tapi sebab perut dah lapar kitaorang putuskan cari tempat makan dulu. Mengenangkan masih tak faham nilai tukaran... akhirnya kitaorang sepakat order nasi goreng jer.. dengan air kelapa muda dan kopi O.. total makan untuk 6 orang malam tu 580 bath... 


Balik dari Pasar Malam.. kitaorang berkumpul di hadapan Kosit Hotel, Hat Yai dan bergambar kenangan disitu. Sambil-sambil tu kitaorang bincang nak pergi lokasi mana untuk esok. Bincang kat lobby hotel tak best lah.. so kitaorang pakat cari tempat ngeteh..

Jalan-jalan malam ronda area bandar... tujuan utama nak carik 7eleven dan tempat ngeteh kat area bandar... tapi kena tangkap dengan Bumblebee la pulak... Haa.. Patung ni ada depan kedai KTM dealer Hat Yai.. tapi dah malam ni, kedai tutuplah...

Malam tu sambil ngeteh, kitaorang berbincang dan plan macam mana nak ronda untuk hari esok. Mula-mula plan nak naik motor jer. Tapi mengenangkan badan terlalu penat dan takut sesat atau tertinggal masa bergerak. Maka kami putuskan untuk naik tuk tuk jer, tapi lepas jumpa driver tuk tuk, dia minta tambang yang terlalu tinggi.. driver tuk-tuk tu minta 1,500 bath seorang (RM188.68) dengan lokasi tempat yang nak dilawati tu pulak, driver tu dia dah tetapkan.. macam tak berbaloi rasanya...

Akhirnya, atas kebijaksaan dan pengalaman Zakwan, akhirnya kami bersetuju untuk menyewa mpv 7 seater di sana. Harga sewaan baru 2,500 bath, kalau kongsi 6 orang baru lebih kurang 420 bath seorang (RM52.83). Lebih-lebih berbaloi dan santai. Cuma tuan punya kereta tu nakkan pendahuluan 6,000 bath dan satu passport sebagai cagaran. Kalau berkongsi takde masalah rasanya.



29 November 2016 (Selasa)


1009 - Urusan sewa kereta. Sewa 2,500 bath, duit untuk deposit pula 6,000 bath dan satu passport (Kamal punya) sebagai cagaranlah agaknya. Mula-mula rasa risau jugak sebab kalau passport tu tuan punya kereta tak pulang... tak balik ke Malaysia le Kamal jawabnya. Minyak dah full tank tapi masa pulang kena full tank juga. Kereta dah bersih dan siap dibasuh. Peraturan yang sangat adil dan saksama...
Apa-apahal pun.. cari sarapan pagi dulu... nasi kerabu 60 bath dengan teh O 20 bath... sedap cuma makanan kat sini agak manis sedikit... tapi orang-orang Thailand ni takdelah gemuk-gemuk... semuanya slim belaka.. naik kapchai pun masih muat 3 orang lagi satu seat... 


1118 - Tempat pertama yang kami lawati pagi ini.. Floating Market.. cuma kat sini ada bau hanyir sikit pasal pasar ni dibina atas tasik dan airnya tak mengalir.

Posing dengan Zakwan... organizer trip kami yang sangat berkaliber. Kalau tanpa bantuan dan pengalaman dari Zakwan ni confirm kebingungan kitaorang kat sini.

Suasana di Floating Market.. ironinya.. tempat ni tutup la pulak hari Selasa.. tapi takpelah, sempat jugak sesi fotografi. Bukan senang nak ke sini semula.


1145 - Hat Yai Municipal Park yang terletak di atas bukit. Banyak monumen patung Buddha kat sini.  Kat belakang tu nama dia Phra Phuttamongkol Maharat.. perghhh nah kau... berbelit lidah nak menyebutnya. Warna emas patung tu disadur emas agaknya..

Pemandangan dari atas bukit... kalau zoom betul-betul boleh nampak Central Mosque Hat Yai dari atas bukit ni. Kitaorang pun pasang plan nak solat zohor kat situ je nanti...

Gambar kenangan dengan Bro Salleh... usia baru 48 tahun.. steady brader ni. Dari Temerloh sampai Hat Yai tak pakai jacket pun. Sementara kat belakang kitaorang ialah pemandangan bandar Hat Yai dilihat dari atas bukit.

Cable Car Hat Yai City, tak naik pun cuma placing gambar depan pintu masuk dia jer... bukan sebab gayat tapi kami nak kejar masa sebab banyak tempat lagi yang akan dilawati. In Shaa Allah... di lain masa akan ku jejak lagi.

Masa nak turun ke parkir kereta... nampak la pulak pokok yang unik ni. Cannon Ball Tree namanya. Sebab tak pernah nampak kat Malaysia, so apalagi... aku posing dengan buah tu.. yang menariknya... bila aku perati betul-betul, setiap tangkai cuma ada 2 biji buah sahaja... kalau kat Malaysia dah tentu lain namanya... agak-agak korang apa namanya yer? Huhuhuhuhu..
1239 - Melawat Wat Phrabon Laem Pho di Pulau Ko Yo yang terletak di Songkla Lake.. Kira pulau ni macam Pulau Banding kat Gerik, Perak cuma air kat sini masin sebab berdekatan dengan laut. Tekak pun terasa dahaga... Aku pekena Air Kelapa Muda.. 40 bath sahaja...

Kat belakang tu ialah Tinsulanonda Bridge yang menghubung pulau ni ke tanah besar. Dalam cerita Bikers Kental, Zizan ada lalu jambatan ni. Yang menariknya laluan jambatan ni dua hala dan lebar. Plan nak ambil gambar jambatan ni dari puncak pulau ni, tapi laluan ke sana pula ditutup.. Ermmm.. hari ni dah tak dapat masuk 2 tempat.. mungkin kat sini banyak lokasi ditutup pada hari Selasa agaknya.

Inilah dia MPV yang kitaorang sewa. Plat number Thailand dari Surat Thani.. Mitsubishi Grandis 2.4 yang dapat memuatkan 7 orang. Puas hati tak terhingga... kitaorang akan gunakan khidmat MPV ni 24 jam dengan seoptimum yang mungkin.

1338 - Ronda-ronda kat Samila Beach pula, tengok-tengok souvenir yang boleh dibawa balik... tapi kena ingat tak boleh beli banyak-banyak pasal ruang seat bag terhad... huhuhuhu... beli souvenir aje sudah habis 350 bath..

Hahahaha... dapat tangkap satu mermaid kat Samila Beach ni... pantai kat sini ombak agak kuat.. mungkin tak sesuai untuk mandi manda kot... kebanyakkan pelancong kat sini layan pemandangan pantai sambil makan ais krim atau air kelapa muda..

Dengar bayan sebab keluar 3 hari kat Hat Yai.. hahahaha... ini monumen simbol Songkhla sebagai City of Learning... kat sini memang banyak universiti, pusat pendidikan, makmal penyelidikan dan sebagainya.

Mitos kucing dan tikus yang sangat popular di Songkhla. Yang tikus tu pegang ialah batu ajaib yang dapat mengelakkan diri dari karam semasa belayar di lautan. Haaaa.... Kenapa kucing dengan tikus tu boleh kawan baik... Nak tahu cerita lebih lanjut datanglah sendiri ke Samila Beach, Songkhla yer... 

Salah satu pintu masuk ke Taman berhampiran Samila Beach. Dari jauh boleh nampak monumen kucing dan tikus di tepi pantai tu tadi.

Jalan-jalan depan lagi sikit... masuk kawasan Laem Son-On... monumen air pancut dari mulut naga yang serupa macam kat Singapura. Sistem pam dia ni guna air laut rupanya.. patutlah rasa masin kat bibir masa duduk kat depan monumen tu.

Songkhla Port yang terletak berhadapan Monumen Laem Son-On. Maksud Laem ni mungkin pantai kot.... sebab kalau Ban tu kata Zakwan maksudnya kampung... aku agak-agak ajer. 

Krom Luang Chumphon Monument... penuh dengan bunga dan sebagainya. Kebanyakkan pelancong dari Thailand akan beri tanda hormat dulu dan letakkan bunga sebelum ambil gambar kat sini. Ermmm... aku belasah ajelah..

Torpedo dan meriam... diletakkan kiri dan kanan bersebelahan Krom Luang Chumphon Monument. Mungkin agaknya monumen tu menunjukkan salah seorang pahlawan terbilang kat Songkhla pada suatu masa dahulu agaknya.

1544 - Misi mulanya nak cari Hat Yai Central Mosque... tapi jumpa masjid lain pula. Ini ialah Ban Nuea Mosque. Masjid 2 tingkat.. kat tingkat bawah tu macam bahagian pentadbiran Madrasah sebab keliling masjid ni macam ada asrama untuk pelajar.

Solat jamaq taqdim zohor dan asar kat sini. Keseluruhan lantai dan dinding masjid di tile dan sangat sejuk... ingat nak rehat dan baringkan badan sebentar tapi banyak lagi tempat yang perlu diteroka.

Dari tingkat atas kelihatan pelajar-pelajar madrasah sedang bermain bola. Mungkin waktu rehat dan menunggu solat asar agaknya. Nampak macam cikgunya tengah perhatikan pelajarnya sambil pegang rotan.

Nak ambil gambar dan viralkan jugak..tandas kat masjid Ban Nuea ni agak menarik.. tapi kena fikir dulu... nak cangkung takut gayat... nak duduk takut rendah sangat... hahahaha..

Melawat gerai-gerai makanan yang terdapat di kawasan masjid... awal-awal lagi diaorang dah siapkan makanan... mungkin buat persiapan untuk pelajar-pelajar tu habis waktu sekolah nanti. Aku beli teh ais ajer.. 10 bath.. tapi manisnya Masya-Allah... kat sini memang diorang suka manis-manis agaknya.

Tak lepaskan peluang posing dekat motorsikal ais krim... design yang menarik... nak beli ais krim tapi air teh ais dah beli dulu...

1612 - Melawat Kawasaki Authorised Dealer di Hat Yai... nak ambil gambar sign board bangunan dari depan.. tak dapat sebab kabel telefon dengan elektrik dah halang pandangan... dapat amik sign board dari tepi kedai jer...

Singgah kedai spare part motor area bandar.. takde beli apa-apa pun... cuma singgah dan cuci mata jer... "orang kata kucing suka datang kat kita kalau kita ni berhati baik".. gambar sekadar hiasan... hihihihihi...

Kebetulan sebelah kedai spare part motor ada kedai boleh buat plat number.. kami pun terus tanya dan deal berapa harga untuk buat sticker plat number... satu sticker kedai ni amik 100 bath... bila lagi nak buat kalau tak..

Mari belajar alphabet Thailand... perghhh.. dia punya lengkuk lebih hebat dari character Jepun... tapi tak tahulah macam mana sebutannya.

Sticker Plat Number yang telah siap di print dan di tampal. Yes... dah tak sabar nak tampal pada windscreen motorku...

Plat number yang telah siap ditampal pada windscreen ZRX1200DAEG ku... "JPE 7618 Malaysia" katanya... tapi sebutan dalam Bahasa Thai aku tak pasti...
2045 - Asean Night Bazar.... Isi perut, Dinner kat Food Court, ambik Nasi Minyak (60 bath) dan Black Coffee (20 bath). Yang menariknya kat Thailand ni, diaorang dah amalkan Green Earth, diaorang dah asingkan sampah ikut jenisnya.. sisa makanan buang dan asingkan, botol plastik, bekas polisterin dan kertas dibuang pada bakul sampah asing-asing... terbaik Thailand... tak sangka mereka begitu mengambil berat isu kitar semula.


Lepas mengisi perut kitaorang ronda-ronda pula keliling kawasan bazaar ni. Sebahagian produk dan barang-barang yang ada dijual di Asean Night Bazaar ni.


Pandangan dari sudut lain barang-barang di Asean Night Baazar. Kalau ikutkan nafsu.. macam nak beli lagi untuk bawak balik Malaysia... tapi naik motor punya pasal... alahai...

30 November 2016


0730 - Bersiap-siap untuk bergerak pulang ke tanah air. Rantai dah siap diminyakkan. Seat bag dah diikat semula dengan kemas.Enjin pun sudah di warm up...


Sambil menunggu yang lain buat persiapan, kami posing dulu kat tuk tuk depan Kosit Hotel... hari ni kami plan nak ikut Padang Besar, Perlis pasal nak elakkan kesesakan.

Bergambar dengan dengan Pengawal Keselamatan yang setia dan sabar menjaga motor kami semasa ketiadaan kami dan ketika kami sedang nyenyak tidur. Terima kasih boh...

Penuhkan semula tangki sebelum pulangkan semula pada tuan punyanya... cuma luak satu bar jer semalam... macam jimat jer Grandis ni...

Sarapan di kedai makan berhampiran Kosit Hotel... kedai makan ni malam pun beroperasi... jurujualnya pun boleh berbahasa Melayu... senang sebenarnya cari kedai makanan halal kat Hat Yai ni...

Berhenti sebentar pasal motor Kamal ada masalah dengan rantainya yang terlalu kendur. Kena cari kedai kedai untuk tegangkan semula rantai sebab motor kena paddock stand dulu. Kelmarin pun saddle bag dia buat hal pasal tali pengikatnya hampir putus.

Masa berhenti tu ternampak sign board Padang Besar lagi 37 km di hadapan... Alhamdulillah... dah tak jauh lagi dah. Zakwan pula cadangkan rantai motor Kamal ditegangkan kat bengkel motor di Jitra, Kedah. Sebab tanya kedai motor kat Thailand ni macam ayam dengan itik... aku mintak paddock stand di baginya pam angin.. haru biru dibuatnya.

1013 - Selesai sudah urusan imigresen dan kastam di Padang Besar. Bahagian kedua kad putih dan Borang Isytihar Kastam dah dipulangkan semula pada pejabatnya. 

Bersedia untuk melepasi sempadan.. dihadapan sana tanah airku Malaysia sedang menanti. Selamat tinggal Thailand... ada masa dan rezeki aku datang lagi.

Berhenti sebentar di kawasan lapang selepas keluar beberapa kilometer dari Padang Besar... cantik dan lapang seluas mata memandang... macam kat Scotland pun ada rasanya... awan mendung pula sedang menanti perjalanan pulang kami...

1105 - Berhenti sebentar kat Changloon untuk rehat dan tukar semula duit Thailand Bath ke Ringgit Malaysia... aku tak bercadang untuk tukar dulu sebab mungkin boleh guna semula kalau ada rezeki ke Thailand lagi. Baki duit Thailand yang masih tinggal pada aku ialah 2,377 bath (RM299.00). Banyak lagi tuh...

1618 - Alang-alang dah lalu Pulau Pinang, kitaorang singgah pula lalu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang. Tol motorsikal kecik ke besar ke, sama jer, cuma RM1.70. Panjang jambatan kedua ni ialah 23.37 km. Memang puas dan seronok lalu jambatan ni. Sebab laluan motorsikal betul-betul boleh nampak laut..

Posing lagi sekali sebelum bergerak keluar ke Seberang Prai. Nampak sayup betul bahagian tertinggi jambatan kedua ni... kenderaan pun tak banyak masa ni.. mungkin sebab belum masa orang balik kerja lagi kot.

1 Disember 2016, 0514 - Sampai ke pangkuan keluarga tercinta di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi, Johor setelah menempuh jarak perjalanan 1,911 km. Pelbagai dugaan fizikal dan mental yang perlu ditempuhi... 
Mula-mula tayar motor Kamal bocor, mujur aku ada bawak cacing.. itu pun berbaki satu dan boleh digunakan. 
Lepas area R&R Ayer Keroh ada satu Big Bike ajak race... aku rasa Z800 la kot.. mula-mula dia tunggu tepi highway.. bila aku lalu lepas tu dia terus dia follow belakang dan potong.. lepas tu tunggu dan follow lagi... yang bawak macam budak muda Cina... siap membonceng lagi.. aku buat tak layan jer.. 
Sambung lagi perjalanan, hujan mula turun selepas melepasi Pagoh. Tapi.. syukur Alhamdulillah sebab sampai ke rumah dengan selamat walaupun badan betul-betul letih...

Jumlah Perbelanjaan sepanjang Trip to Hat Yai:

1) Minyak motor = RM239.00
2) Makan minum perjalanan kat Malaysia = RM30.00
3) Insurans Thai (RM18.00) dan Kad Putih (RM2.00) = RM20.00
4) Perbelanjaan kat Hat Yai (3,188 bath) = RM401.00

Jumlah Kos yang telah dibelanjakan = RM690.00

Sekian...

➡ Pautan ke video perjalanan kitaorang ke Hat Yai created by Mr. Zakwan





4 comments:

  1. Catatan terbaik!

    Sampai sekarang aku cuba gayakan cara nak minta paddock stand tu.... tergelak!

    ReplyDelete
  2. terbaik zam....
    azizi penang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro zizi...lama kita tak bersua yer

      Delete