Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Monday, 30 March 2015

DIY Engine Oil + Oil Filter (18/03/2015)

1st time tukar minyak enjin... mula-mula aku plan nak hantar je ke Kawasaki Service Centre kat Taman Ungku Tun Aminah... tapi bila terfikir kena bukak exhaust pipe... baik aku buat sendiri kat rumah... nanti kalau exhaust calar ke, kemek ke bagai mesti bengang dibuatnya... buat sendiri ni puas hati sikit... boleh letakkan kasih sayang dan belaian mesra...

Sebelum memulakan kerja... enjin kena warming up dulu... ini prosedur wajib... matikan enjin dan bila enjin dah mula sejuk baru boleh mulakan kerja dengan lafaz Bismillah...

Oil filter baru yang bakal berkhidmat untuk ZRXku... brand K&N...
Dealer : Bike Seven, Tebrau...
Harga : RM40.00
Oil filter ni didatangkan sekali dengan 2 O-ring...








Engine oil yang bakal berkhidmat untuk 5,000km lagi...
Silkolene Pro 4 10W-40
1liter x 3 botol (3 liter - tuang habis)

Dealer : Bike Seven, Tebrau
Harga : RM66.00/botol

Minyak ni Kawasaki Service Centre yang recommended... setakat ni Alhamdulillah... engine running smooth jer...
Membanding beza...
Kiri : Oil filter baru
Kanan : Oil filter lama
Proses membuang dan menadah minyak enjin yang lama... nasib jumpa tong cat tak guna lagi... asal boleh...










Komponen yang telah siap dicuci dan dibersihkan.
1 - Oil filter mounting bolt + O-ring
2 - Filter cover + O-ring
3 - Oil Fence
4 - Spring
5 - Washer
6 - Engine oil drain bolt
7 - Drain bolt gasket






Urutan yang betul semasa pasang semula oil filter...
Drain bolt gasket yang dah mula haus dan rosak... perlu ditukar bila tukar minyak hitam lepas ni...
Diameter luar = 22.0mm
Diameter dalam = 11.5mm
Odometer menunjukkan bacaan millage 28,131km... bermakna lepas ni minyak enjin perlu ditukar bila odometer mencecah 33,131km... makan masa juga nak cecah banyak tu...






















Komen:
Kerja yang paling leceh untuk projek hari ni ialah kena tanggalkan exhaust pipe... tapi tukar minyak enjin lepas ni tak payah tanggalkan lagi sebab oil filter boleh digunakan untuk 2nd cycle..

Malang sungguh... 2 O-ring yang dibekalkan sekali dengan K&N oil filter tu tebal sangat... tak sesuai dengan groove pada mounting bolt dan filter cover... huhuhuhu... nasib baik O-ring yang asal masih dalam keadaan baik dan sedia untuk menyambung tugasnya lagi.

Start jer enjin... Alhamdulillah... enjin takde masalah dan minyak dalam enjin dikitarkan dengan baik... mula2 cuak jugak sebab indicator level minyak enjin kat tepi kotak enjin macam kosong aje walaupun dah 3 botol penuh aku isi... tapi bila enjin dah hidup... nampak minyak mengalir dalam indicator tu... lega rasanya... 

Yang penting DIY memang puas hati...

No comments:

Post a Comment