Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Sunday, 30 November 2014

DIY... JOM TUKAR EXHAUST (14/11/2014)

Satu lagi modifikasi yang memang menjadi harapan oleh setiap bikers... tukar exhaust supaya bunyi jadi lebih garang lagi mengiurkan...
Kalau dah minat ni... Tak kira berapa harganya... sanggup ikat perut dan kumpul duit untuk dapatkan bunyi yang diharapkan... ke cuma aku sorang jer... Hehehehe...

Pagi-pagi dapat call dari Mr. Anuar, Bike7Seven, Tebrau City... full exhaust system aku dah sampai dari Jepun katanya... Alhamdulillah...
Penantian itu memang satu penyeksaan...
Susumu-san, senyum kegembiraan... pagi-pagi lagi dah dapat duit dari aku. Cehhh...
Tengok dia punya bangga... exhaust ni made in Japan katanya...








Sepertimana mana biasa... awal Bismilllah... kena bukak kitab ni dulu...
Macam nak duduk peperiksaan amali pulak...










Bukak bab exhaust...
Ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:
1. Butterfly valve & servo motor tidak berfungsi dan digunakan lagi.
2. Exhaust pipe gasket kena tukar baru. Kalau nak guna yang lama jugak kena tambah liquid gasket.
3. Oxigen sensor boleh digunakan semula... tapi perlu ditanggalkan dengan penuh berhemah dan berhati-hati...

Posing dulu sebelum melakukan pembedahan...
DIY... buat kat ruang tamu jer...masa ni kena tunggu orang rumah dan anak tidur dulu... kena ada privasi sikit... 








Bismillahirahmannirrahim...
Maka kerja-kerja membuat pembedahan pun bermulalah...

Original muffler setelah ditanggalkan...tak susah... longgarkan dan tanggalkan dua screw dan tarik muffler keluar jer...
Mufller ZRX ni berat... sediakan kuda-kuda secukupnya sebelum ditarik dan ditanggalkan...
Membanding beza diantara muffler lama dan yang baru...
Panjang masih sama cuma diameter kecil sedikit...bunyi tak kuat cuma 96dB jer..

Cable yang menyambungkan servo motor dan butterfly valve ni perlu ditanggalkan... Dah takde function lagi... servo motor tu biarkan tertenggek je kat situ dan jangan diusik... nanti boleh kacau sistem...
Kotak hitam diatas board biru tu ialah Injection Controller... belum pernah dibuat pelarasan lagi... tunggu masuk full system exhaust, baru nak buat setting...
2 Cable dari servo motor ke butterfly valve yang perlu ditanggalkan. Wire connector untuk oxigen sensor pun kena tanggalkan sekali...
Disarankan untuk tanggalkan dan tarik keluar 2 cable tu untuk elakkan gangguan pada servo motor... bahagian dalam kabel tu lama-lama boleh berkarat dan menyebabkan wire boleh tersekat...
Tandem step pulak kena ganti yang baru... exhaust baru ni akan kacau lokasi tandem step yang original...
Radiator seelok-eloknya perlu ditanggalkan untuk memudahkan kerja... tapi aku tak standby coolant. Terpaksa loosekan aje screw untuk selak radiator keluar...
Exhaust original setelah ditanggalkan dari engine... berat tuh... pastikan oxigen sensor dah ditanggalkan dahulu sebelum turunkan pipe ni. Kalau tidak anda akan menyesal...
Kenapa?
Kalau tak kena gaya... wire oxigen sensor boleh terputus...lagi parah...
Membanding beza:
Atas : Kawasaki OEM... ( 15kg )
Bawah : After market Tsukigi Racing ( 5kg )

PESANAN PENTING!
Pastikan pakai gloove masa pegang exhaust yang baru... kesan cap tangan boleh sebabkan exhaust kusam dan tinggalkan parut yang kekal kalau enjin terus dihidupkan. Pastikan exhaust pipe betul-betul dibersihkan dahulu sebelum running enjin yeee....
ZRX1200 DAEGku bergaya dengan exhaust barunya... full system exhaust...
Menyerlahkan lagi keseksian ZReX aku ni...
Butterfly Valve dah takde lagi... oxigen sensor guna yang lama semula...
Oxigen sensor ni (anak panah) sangat sensitive... pastikan tidak disentuh atau terjatuh semasa mengendalikannya... ( nasihat dari Service Manual )
Penyambungan yang sangat simple... slip on dan ikat guna spring... tapi spring masih baru dah ketat... perlu hati-hati semasa tarik... kalau terlepas boleh menyebat tangan...
Plate jenama Tsukigi Racing yang di rivette pada muffler. Kat Malaysia mungkin ada yang tak pernah dengar jenama ni. Tapi kat Jepun dah ada sejak 1974 lagi...
Nilah part exhaust ni yang buat aku tergoda exhaust jenama Tsukigi Racing ni... exhaust stay yang menggantung muffler nampak seksi dan ranggi...
Tandem step pun dah tukar baru... senang sikit nak jolok celah "kak bedah" masa basuh motor ni nanti...






Silencer aku biarkan terpasang dulu buat masa ni, supaya bunyi tak terlalu kuat dan mengganggu kejiranan... masing-masing masih ada anak kecil lagi...










Alhamdulillah... siap jugak akhirnya... satu malam punya kerja...
Amacam... seksi tak ZRX aku dengan exhaust barunya... tak sabar rasanya nak pusing-pusing satu Kota Tinggi...

Setiap produk yang direka mesti ada kelebihan dan kekurangannya... itu terpulang pada pandangan masing-masing. Selepas beberapa hari penggunaan... aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang exhaust baru aku ni...

KELEBIHAN :
1. Berat motor dapat dikurangkan sebanyak lebih kurang 10kg (Motor mudah dikendalikan)
2. Muffler cepat sejuk... lebih kurang 5 minit dah boleh disentuh dengan tangan.
3. Tayar lambat haus... agaknya...
4. Masa follow belakang kereta, driver kereta akan bagi ruang untuk kita potong pasal dia dapat kesan kehadiran kita setelah terdengar bunyi yang lunak dan gurih dari arah belakang...
KEKURANGAN :
1. Terpaksa bukak exhaust pipe masa nak tukar oil filter...
2. Tandem step kena tukar sebab muffler dah terjongket ke atas sikit...




JOM TUKAR TAYAR... (28/06/2014)

Maka detik yang ditunggu-tunggu pun tiba... ZRX aku dah sampai masanya tukar kasut baru... So... aku pun call Motormatic tanya tayar baru yang diaorang recommendedkan...

Kebetulan pulak aku baru dapat duit claim.... Alhamdulillah.. kalau dah rezeki tidak ke mana...

Inilah dia tayar baru yang akan berkhidmat pada aku:

FRONT : PIRELLI ANGEL GT 120/70 ZR17 M/C (58W) TL

REAR : PIRELLI ANGEL GT 180/55 ZR17 M/C (73W) TL

Harga : RM1,350.00 
Fasa 1 :
Tukar tayar hadapan.

Komen mekanik :
Brake pad boleh digunakan lagi... cuma lepas ni kena buat bleeding untuk buang minyak asal dan diganti dengan yang baru...
Fasa 2 :
Tukar tayar belakang.

Komen mekanik :
Shaft belakang kena selalu diminyakkan. Kalau dah berkarat boleh sebabkan shaft thread rosak kalau kita dok paksa masa bukak nanti.
Tayar lama yang telah lama berkhidmat padaku... terima kasih atas jasamu selama ini.
Jumlah perjalanan : 18,231km...
Fasa 3 :
Tukar standard spark plug... NGK CR9EK

Alang-alang dah buat tukar sekali. RM48.00 x 4biji = RM192.00 (Perrrgghhh.... rabak lagi)

Komen Mekanik :
Boleh pakai lagi... cuma, elok tukar untuk elakkan kerak plug lekat pada thread spark plug. Akibatnya... thread head block boleh rosak...
Fasa 4 :
Tukar coolant baru... 1.5liter

Komen aku :
Masa tukar coolant pastikan coolant tak kena pada bahagian chrome. Kalau kena jugak pastikan dibersihkan dan dikeringkan betul-betul. Kalau tidak akan tinggalkan kesan pada bahagian tersebut...
Khususnya exhaust pipe... 
ZRX aku dengan kasut barunya. Selamat berkhidmat padaku... 
Posing depan Bike7Seven, Tebrau City,Johor...

TAYAR OH... TAYAR (23/02/2014)

Inilah rupa tayar aku setelah aku gunakan sejauh 13,434km...


TAYAR HADAPAN
BRIDGESTONE BATTLAX BT021F M
120/70ZR17 M/C (58W)

Kalau dilihat dengan mata kasar pun, dah nampak sebelah kiri dan kanan permukaan tayar dah mula melekuk. Bahagian tengah pulak flat...

Kesannya... tangan, lengan dan bahu cepat rasa lenguh dan sengal. Tambahan lagi susah untuk bangunkan motor masa ambil corner...

TAYAR BELAKANG
BRIDGESTONE BATTLAX BT021R M
180/55ZR17 M/C (73W)

Tayar belakang boleh guna 30% lagi. Jangka hayat dalam 3,000km lagi lebih kurang...

Hmmm... sempat kot kumpul duit dalam masa terdekat ni...









 




Masa servis kat Motormatic, Kawasaki Service Centre, Taman Ungku Tun Aminah, mekanik ada bagitau yang tayar depan dah kritikal...

Tayar depan dah wujud slip zone!!!

Kalau nak guna juga, kena hati-hati.... terutamanya semasa mengambil selekoh!!!
Tayar depan mudah tergelincir sebab permukaan tayar depan yang sentuh jalan dah makin genting...

Bila check di internet... follow forum dan buat analisis dari blogger-blogger di Japan yang guna ZRX dengan tayar yang sama ni... Diaorang semua mention benda yang sama...

Tayar depan  BRIDGESTONE BATTLAX BT021F M memang ada masalah macam ni...

So... Motormatic pun recommend tayar baru kat aku...

PIRELLI ANGEL GT!

Bila aku tanya dia punya harga sepasang...
RM1,300.00
Mana nak cekau duit nih...

Recommended tayar:


FRONT : PIRELLI ANGEL GT - 120/70 ZR17 M/C (58W) TL
REAR : PIRELLI ANGEL GT - 180/55 ZR17 M/C (73W) TL


#Sumber : http://www.webike.net

Saturday, 29 November 2014

DIY... HEAD LIGHT COVER INSTALLATION (09/04/2014)

Head Light Cover ni aku dapatkan dari Akai-san. Seorang japanese rider yang juga peminat tegar ZRX1200DAEG. Akai-san ni seorang technician yang bertugas fabricate komponen untuk industrial machine. So... ada masa di buat aksesori untuk ZRX. Aku kenal Akai-san ni melalui website beliau yang ada menjual beberapa aksesori untuk ZRX1200DAEG sahaja.
 
Awal Bismillah... kena buka service manual dulu. Study dulu sebelum memulakan kerja. Masa ni 6 screw wind shield dah di tanggalkan.
Wind shield dan cowling inner cover setelah ditanggalkan. Bahagian yang tidak terdedah nampak comot dan kotor...
Bikini cowling setelah ditanggalkan sepenuhnya.
Fasa 2, masa untuk placing bracket head light cover.
Buat lubang, boleh gunakan gerudi tangan yang kecil jer pun. Tapi kena pastikan lubang dah ditandakan dengan betul sebelum lubang dibuat.
Bracket yang sudah siap dipasang pada bikini cowling. Special order, Akai-san dah painting warna hitam.
Bracket atas dan bawah yang sudah siap dipasang. Head light cover juga sudah dipasang sepenuhnya... Tapi seal rubber belum dilekatkan lagi.
Pandangan dari arah hadapan.
Pandangan dari sudut sisi.
Pandangan dari sisi kiri.









Rasanya... kalau cover acrilate tu warna smoke lagi menarik kot... nampak gelap sikit. Takpe In sha Allah... ada rezeki aku order part baru... 
Berikut ialah pautan untuk ke laman web Akai-san.
http://www.jp-akai.shop-web.org/

Laman web ni dalam japanese language tapi boleh agak-agak bila lihat gambar.

DIY... INSTALLATION OF NEW TAIL TIDY (29/12/2013)

SEBELUM

SELEPAS

Dapat panggilan dari Mr. Anuar, Bike7Seven, Tebrau City, Johor...
Tail Tidy / Fenderless dah sampai katanya... Alhamdulillah...

Dapat jer barang, sampai rumah aku terus carik service manual & mulakan projek tukar tail tidy ni...


Mula-mula kena buka dan study dulu service manual. Manual ni aku dapatkan dari Motormatic, Kawasaki Service Center, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dengan harga RM70.00. Photostat je pun. Tapi rasanya tanpa service manual ni, serabut jugak... tak tau step nak godek motor aku nih. Manual ni cukup lengkap, dah boleh buat Master atau PhD...

Tanggalkan seat. Kena pastikan kunci dah ditanggalkan dari side cover. Kalau tidak kunci boleh bengkok kalau terlanggar masa buat kerja nanti. Aku dah ada pengalaman dah perkara macam ni.
Buka 4 bolt tandem grip gunakan hexagon key saiz diameter 10mm. Tarik tandem grip tu keluar dengan berhati-hati. Kalau tak kena gaya, seat cover boleh pecah atau sumpik.
Buka 4 screw dan washer seat cover pulak. Tarik kelaur seat cover dengan berhati-hati ke arah belakang. Pastikan tiada komponen atau wire cable yang tersangkut semasa kerja menarik seat cover.
Susun semua komponen dan check semula jumlah screw, bolt & nut. Letakkan pada satu tempat. Pastikan jangan ada komponen yang terlebih atau terkurang pulak nanti.
Ini part paling rumit. Kerja electrical... Kalau kena kat aku agak phobia sikit. Check wire connector betul-betul... tanda dan labelkan dengan masking tape jika perlu.
Sebelum tanggalkan back fender... helmet holder ni kena tanggalkan dulu. Satu screw sahaja.
Hah... dah togel... Yang tertenggek kat belakang tu ialah servo motor untuk exhaust butterfly valve & collapse sensor. Dua komponen ni takyah usik... biarkan sahaja... Kalau diusik jugak, setting akan terganggu.
Kalau sampai sini, kita dah masuk Fasa kedua. Masa ni ialah proses tanggal dan gantikan mud flap dengan tail tidy yang baru.
Ini bahagian yang tak kurang pentingnya. Kalau salah sambung dan pasang... nyalaan signal lamp boleh terbalik. Maksudnya kiri jadik kanan dan kanan akan jadik kiri pulak.
Kalau tak rasa confident... tanda dan labelkan je dengan masking tape
Signal lamp sesudah ditanggalkan dan dipasang pada tail tidy yang baru. Cara pasang signal lamp agak rumit... Pastikan getah yang menyambungkan signal lamp tidak terkoyak semasa kerja pemasangan.
Gunakan bolt & nut baru yang dibekalkan... Pasangkan tail tidy pada komponen asal.
Kemaskan cable signal lamp dan masukkan ke dalam celahan lubang.
Pandangan dari arah belakang... Hmmm... masa ni dah boleh senyum sikit.
License plate number yang asal dan license lamp (LED) yang sudah dipasang kemas pada tail tidy yang baru.
Kerja pemasangan dah 80% siap... Sekarang masuk Fasa 3 iaitu wiring cable pulak. License plate lamp kena buat pendawaian baru... Hati-hati semasa memegang positive wire, salah cara kita boleh terkena renjatan.
Adalah digalakkan untuk tanggalkan terminal positive battery sebelum buat kerja wiring ni.
Pengujian tail lamp, signal lamp, harzadous lamp dan license lamp.
Alhamdulillah... semuanya dapat berfungsi seperti yang diharapkan.









Kalau mintak Bike7Seven yang pasangkan... kena charge RM60.00. Itu pun nanti mungkin ada perkara-perkara yang kita tak puas hati. Baik buat sendiri... DIY jer...

Secara keseluruhannya... aku sangat berpuas hati dengan Tail Tidy jenama "Daytona" ni. Semua lubang mounting tepat pada tempatnya.
Plat number pun tak payah buat yang baru...

Tak sabar nak ride esok... Nak tayang satu Kota Tinggi... aku dah pasang tail tidy baru...

Alhamdulillah... syukur... siap juga satu malam punya kerja...