Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Friday, 26 December 2014

K&N Air Filter

Dekat waktu maghrib singgah Bike7Seven sebelum dinner kat Don Sushi Tebrau... dah lama tak makan makanan Jepun... 
Mr. Anuar belum balik dari umrah lagi... 
Susumu-san pulak takde pasal jatuh dari tangga masa pasang kain rentang untuk year end sale kata Mr. Zul...
Nasib baik ada Mr. Zul... dialah yang tolong bukakan invoice untuk barang aku ni...

Alhamdulillah... Setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya dapat juga dibeli dengan harga RM217.00. K&N Air Filter ni jenis washable & reuseable...

Isi kandungan kotak:
1 - Elemen Air Filter x 1
2 - Warrantty Card x 1
3 - Warrantty Sticker x 1
4 - K&N Sticker x 2




Membanding beza:

Kiri : New K&N Air Filter
Kanan : Original Air Filter 

Filter asal ni bahagian tepinya ada disalut dengan span... masalah yang aku dapat kesan ialah span tu dah mula reput dah mudah tertanggal... kalau digunakan juga mungkin serpihan span yang tertanggal tu boleh kacau injection system... 
Sticker jaminan yang nyatakan K&N Air Filter ni boleh digunakan sepanjang hayat dan tidak mengganggu warranty motorcycle anda! Aku tampal di penutup Air Filter untuk peringatan...







   



Esok test drive ZRX aku... tak sabar rasanya nak rasa sentapan dari Air Filter baru ni. Ada apa-apa perkembangan aku akan update kemudian...

Komen:
Setelah beberapa hari penggunaan... apa yang aku dapat kesan ialah... 
Peeerrrrrgggghhhh... bila perah minyak tayar depan asyik nak terangkat jer der... memang pick up giler...

Sunday, 7 December 2014

DIY... Injection Controller & Speed Cut Limiter

Wiring plug and play Injection Controller dengan Speed Cut Limiter dah buat... Cuma tapak untuk kedua-dua komponen belum dibuat lagi.
Nak tampal guna double sided tape jer macam serabai sangat. Lagi pun susah kalau nak buat maintenance suatu masa nanti...
So aku dapatkan dua keping plat aluminum dan carbon sticker untuk memulakan projek aku ni.

Kedudukan Injection Controller dan Speed Cut Limiter yang berselerak dan tidak tersusun
 
Guna aplikasi AutoCAD untuk buat reka bentuk tapak yang simple jer...

Print, gunting, potong dan lipat kertas untuk lihat ketepatan dan kedudukan plate dalam ruang motor.


Bahagian A: Tapak untuk komponen setelah siap.


Bahagian B : Penutup bahagian atas setelah siap.

Alhamdulillah... siap juga akhirnya... barulah nampak kemas dan tersusun...

Sunday, 30 November 2014

DIY... JOM TUKAR EXHAUST (14/11/2014)

Satu lagi modifikasi yang memang menjadi harapan oleh setiap bikers... tukar exhaust supaya bunyi jadi lebih garang lagi mengiurkan...
Kalau dah minat ni... Tak kira berapa harganya... sanggup ikat perut dan kumpul duit untuk dapatkan bunyi yang diharapkan... ke cuma aku sorang jer... Hehehehe...

Pagi-pagi dapat call dari Mr. Anuar, Bike7Seven, Tebrau City... full exhaust system aku dah sampai dari Jepun katanya... Alhamdulillah...
Penantian itu memang satu penyeksaan...
Susumu-san, senyum kegembiraan... pagi-pagi lagi dah dapat duit dari aku. Cehhh...
Tengok dia punya bangga... exhaust ni made in Japan katanya...








Sepertimana mana biasa... awal Bismilllah... kena bukak kitab ni dulu...
Macam nak duduk peperiksaan amali pulak...










Bukak bab exhaust...
Ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:
1. Butterfly valve & servo motor tidak berfungsi dan digunakan lagi.
2. Exhaust pipe gasket kena tukar baru. Kalau nak guna yang lama jugak kena tambah liquid gasket.
3. Oxigen sensor boleh digunakan semula... tapi perlu ditanggalkan dengan penuh berhemah dan berhati-hati...

Posing dulu sebelum melakukan pembedahan...
DIY... buat kat ruang tamu jer...masa ni kena tunggu orang rumah dan anak tidur dulu... kena ada privasi sikit... 








Bismillahirahmannirrahim...
Maka kerja-kerja membuat pembedahan pun bermulalah...

Original muffler setelah ditanggalkan...tak susah... longgarkan dan tanggalkan dua screw dan tarik muffler keluar jer...
Mufller ZRX ni berat... sediakan kuda-kuda secukupnya sebelum ditarik dan ditanggalkan...
Membanding beza diantara muffler lama dan yang baru...
Panjang masih sama cuma diameter kecil sedikit...bunyi tak kuat cuma 96dB jer..

Cable yang menyambungkan servo motor dan butterfly valve ni perlu ditanggalkan... Dah takde function lagi... servo motor tu biarkan tertenggek je kat situ dan jangan diusik... nanti boleh kacau sistem...
Kotak hitam diatas board biru tu ialah Injection Controller... belum pernah dibuat pelarasan lagi... tunggu masuk full system exhaust, baru nak buat setting...
2 Cable dari servo motor ke butterfly valve yang perlu ditanggalkan. Wire connector untuk oxigen sensor pun kena tanggalkan sekali...
Disarankan untuk tanggalkan dan tarik keluar 2 cable tu untuk elakkan gangguan pada servo motor... bahagian dalam kabel tu lama-lama boleh berkarat dan menyebabkan wire boleh tersekat...
Tandem step pulak kena ganti yang baru... exhaust baru ni akan kacau lokasi tandem step yang original...
Radiator seelok-eloknya perlu ditanggalkan untuk memudahkan kerja... tapi aku tak standby coolant. Terpaksa loosekan aje screw untuk selak radiator keluar...
Exhaust original setelah ditanggalkan dari engine... berat tuh... pastikan oxigen sensor dah ditanggalkan dahulu sebelum turunkan pipe ni. Kalau tidak anda akan menyesal...
Kenapa?
Kalau tak kena gaya... wire oxigen sensor boleh terputus...lagi parah...
Membanding beza:
Atas : Kawasaki OEM... ( 15kg )
Bawah : After market Tsukigi Racing ( 5kg )

PESANAN PENTING!
Pastikan pakai gloove masa pegang exhaust yang baru... kesan cap tangan boleh sebabkan exhaust kusam dan tinggalkan parut yang kekal kalau enjin terus dihidupkan. Pastikan exhaust pipe betul-betul dibersihkan dahulu sebelum running enjin yeee....
ZRX1200 DAEGku bergaya dengan exhaust barunya... full system exhaust...
Menyerlahkan lagi keseksian ZReX aku ni...
Butterfly Valve dah takde lagi... oxigen sensor guna yang lama semula...
Oxigen sensor ni (anak panah) sangat sensitive... pastikan tidak disentuh atau terjatuh semasa mengendalikannya... ( nasihat dari Service Manual )
Penyambungan yang sangat simple... slip on dan ikat guna spring... tapi spring masih baru dah ketat... perlu hati-hati semasa tarik... kalau terlepas boleh menyebat tangan...
Plate jenama Tsukigi Racing yang di rivette pada muffler. Kat Malaysia mungkin ada yang tak pernah dengar jenama ni. Tapi kat Jepun dah ada sejak 1974 lagi...
Nilah part exhaust ni yang buat aku tergoda exhaust jenama Tsukigi Racing ni... exhaust stay yang menggantung muffler nampak seksi dan ranggi...
Tandem step pun dah tukar baru... senang sikit nak jolok celah "kak bedah" masa basuh motor ni nanti...






Silencer aku biarkan terpasang dulu buat masa ni, supaya bunyi tak terlalu kuat dan mengganggu kejiranan... masing-masing masih ada anak kecil lagi...










Alhamdulillah... siap jugak akhirnya... satu malam punya kerja...
Amacam... seksi tak ZRX aku dengan exhaust barunya... tak sabar rasanya nak pusing-pusing satu Kota Tinggi...

Setiap produk yang direka mesti ada kelebihan dan kekurangannya... itu terpulang pada pandangan masing-masing. Selepas beberapa hari penggunaan... aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang exhaust baru aku ni...

KELEBIHAN :
1. Berat motor dapat dikurangkan sebanyak lebih kurang 10kg (Motor mudah dikendalikan)
2. Muffler cepat sejuk... lebih kurang 5 minit dah boleh disentuh dengan tangan.
3. Tayar lambat haus... agaknya...
4. Masa follow belakang kereta, driver kereta akan bagi ruang untuk kita potong pasal dia dapat kesan kehadiran kita setelah terdengar bunyi yang lunak dan gurih dari arah belakang...
KEKURANGAN :
1. Terpaksa bukak exhaust pipe masa nak tukar oil filter...
2. Tandem step kena tukar sebab muffler dah terjongket ke atas sikit...




JOM TUKAR TAYAR... (28/06/2014)

Maka detik yang ditunggu-tunggu pun tiba... ZRX aku dah sampai masanya tukar kasut baru... So... aku pun call Motormatic tanya tayar baru yang diaorang recommendedkan...

Kebetulan pulak aku baru dapat duit claim.... Alhamdulillah.. kalau dah rezeki tidak ke mana...

Inilah dia tayar baru yang akan berkhidmat pada aku:

FRONT : PIRELLI ANGEL GT 120/70 ZR17 M/C (58W) TL

REAR : PIRELLI ANGEL GT 180/55 ZR17 M/C (73W) TL

Harga : RM1,350.00 
Fasa 1 :
Tukar tayar hadapan.

Komen mekanik :
Brake pad boleh digunakan lagi... cuma lepas ni kena buat bleeding untuk buang minyak asal dan diganti dengan yang baru...
Fasa 2 :
Tukar tayar belakang.

Komen mekanik :
Shaft belakang kena selalu diminyakkan. Kalau dah berkarat boleh sebabkan shaft thread rosak kalau kita dok paksa masa bukak nanti.
Tayar lama yang telah lama berkhidmat padaku... terima kasih atas jasamu selama ini.
Jumlah perjalanan : 18,231km...
Fasa 3 :
Tukar standard spark plug... NGK CR9EK

Alang-alang dah buat tukar sekali. RM48.00 x 4biji = RM192.00 (Perrrgghhh.... rabak lagi)

Komen Mekanik :
Boleh pakai lagi... cuma, elok tukar untuk elakkan kerak plug lekat pada thread spark plug. Akibatnya... thread head block boleh rosak...
Fasa 4 :
Tukar coolant baru... 1.5liter

Komen aku :
Masa tukar coolant pastikan coolant tak kena pada bahagian chrome. Kalau kena jugak pastikan dibersihkan dan dikeringkan betul-betul. Kalau tidak akan tinggalkan kesan pada bahagian tersebut...
Khususnya exhaust pipe... 
ZRX aku dengan kasut barunya. Selamat berkhidmat padaku... 
Posing depan Bike7Seven, Tebrau City,Johor...

TAYAR OH... TAYAR (23/02/2014)

Inilah rupa tayar aku setelah aku gunakan sejauh 13,434km...


TAYAR HADAPAN
BRIDGESTONE BATTLAX BT021F M
120/70ZR17 M/C (58W)

Kalau dilihat dengan mata kasar pun, dah nampak sebelah kiri dan kanan permukaan tayar dah mula melekuk. Bahagian tengah pulak flat...

Kesannya... tangan, lengan dan bahu cepat rasa lenguh dan sengal. Tambahan lagi susah untuk bangunkan motor masa ambil corner...

TAYAR BELAKANG
BRIDGESTONE BATTLAX BT021R M
180/55ZR17 M/C (73W)

Tayar belakang boleh guna 30% lagi. Jangka hayat dalam 3,000km lagi lebih kurang...

Hmmm... sempat kot kumpul duit dalam masa terdekat ni...









 




Masa servis kat Motormatic, Kawasaki Service Centre, Taman Ungku Tun Aminah, mekanik ada bagitau yang tayar depan dah kritikal...

Tayar depan dah wujud slip zone!!!

Kalau nak guna juga, kena hati-hati.... terutamanya semasa mengambil selekoh!!!
Tayar depan mudah tergelincir sebab permukaan tayar depan yang sentuh jalan dah makin genting...

Bila check di internet... follow forum dan buat analisis dari blogger-blogger di Japan yang guna ZRX dengan tayar yang sama ni... Diaorang semua mention benda yang sama...

Tayar depan  BRIDGESTONE BATTLAX BT021F M memang ada masalah macam ni...

So... Motormatic pun recommend tayar baru kat aku...

PIRELLI ANGEL GT!

Bila aku tanya dia punya harga sepasang...
RM1,300.00
Mana nak cekau duit nih...

Recommended tayar:


FRONT : PIRELLI ANGEL GT - 120/70 ZR17 M/C (58W) TL
REAR : PIRELLI ANGEL GT - 180/55 ZR17 M/C (73W) TL


#Sumber : http://www.webike.net

Saturday, 29 November 2014

DIY... HEAD LIGHT COVER INSTALLATION (09/04/2014)

Head Light Cover ni aku dapatkan dari Akai-san. Seorang japanese rider yang juga peminat tegar ZRX1200DAEG. Akai-san ni seorang technician yang bertugas fabricate komponen untuk industrial machine. So... ada masa di buat aksesori untuk ZRX. Aku kenal Akai-san ni melalui website beliau yang ada menjual beberapa aksesori untuk ZRX1200DAEG sahaja.
 
Awal Bismillah... kena buka service manual dulu. Study dulu sebelum memulakan kerja. Masa ni 6 screw wind shield dah di tanggalkan.
Wind shield dan cowling inner cover setelah ditanggalkan. Bahagian yang tidak terdedah nampak comot dan kotor...
Bikini cowling setelah ditanggalkan sepenuhnya.
Fasa 2, masa untuk placing bracket head light cover.
Buat lubang, boleh gunakan gerudi tangan yang kecil jer pun. Tapi kena pastikan lubang dah ditandakan dengan betul sebelum lubang dibuat.
Bracket yang sudah siap dipasang pada bikini cowling. Special order, Akai-san dah painting warna hitam.
Bracket atas dan bawah yang sudah siap dipasang. Head light cover juga sudah dipasang sepenuhnya... Tapi seal rubber belum dilekatkan lagi.
Pandangan dari arah hadapan.
Pandangan dari sudut sisi.
Pandangan dari sisi kiri.









Rasanya... kalau cover acrilate tu warna smoke lagi menarik kot... nampak gelap sikit. Takpe In sha Allah... ada rezeki aku order part baru... 
Berikut ialah pautan untuk ke laman web Akai-san.
http://www.jp-akai.shop-web.org/

Laman web ni dalam japanese language tapi boleh agak-agak bila lihat gambar.