Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Sunday, 8 July 2018

Bateri yg ke-3 (07/07/18) Sedikit perbandingan mengenai jangka hayat bateri yang pernah digunakan...

Tukar bateri untuk kali yang ke-3... setelah berpeluh ketiak tolak motor untuk hidupkan dengan gear 2... dah hidup nak jalan, masuk gear motor mati semula... stress...

Last-last dapat idea jumping jer current dari bateri kereta Kancil ke ZRX aku... dah hidup aku capai helmet... running motor lebih kurang 70km dengan maintain speed 80km/h ke atas... plan untuk charging bateri yang dah lemah ni...

Sampai rumah... matikan enjin dan hidupkan semula... motor tak mau hidup...
So memang confirm bateri motor dah terlampau lemah...
So solution yang tinggal ialah kena dapatkan bateri baru... Aduhai RM275.00 tu...

YUASA 12V 10Ah(10HR) - bateri asal (01/03/13 - 19/06/16) 3 tahun 6 bulan 6 hari

FURUKAWA 12V 10Ah (10HR) - bateri ke-2 (19/06/16 - 07/07/18) 2 tahun 18 hari


Bateri yang ke-3... KOYOKO (07/07/18 - ?) 12V 12Ah(10HR) harap-harap jangka hayatnya lebih panjang dan tahan lebih lama... bateri KOYOKO ni takde yang 10Ah.. so aku cubalah 12Ah... mungkin arusnya agak besar sedikit. Harap-harap tak kacau Electronic System ZRX aku.




Electronic indicator pada bateri KOYOKO ni terpaksa ditanggalkan sebab tak match dengan batery holder ZRX. Kena selak sticker atas dan tanggalkan skru yang ikat panel tu dengan bateri. Kalau umpil ajer nanti lubang skru boleh rosak. Rasa sayang nak bukak tapi nak buat macam mana kan...
Sebagai langkah berjaga-jaga... bateri motor ni kena diganti setiap 2 tahun bagi mengelakkan kejadian menolak motor sebab motor tak boleh hidup.

Tuesday, 17 April 2018

Program Konvoi Bermotor Ziarah Terima Kasih Cikgu (14 & 15 April 2018)

Tiada kata-kata nukilan kali ini...biar gambar dan video yang berbicara.... huhuhuhuhuhuhu...

Sticker konvoi yang menjadi rebutan tempoh hari sampai tak cukup
Route 14 April 2018
Route 15 April 2018
ZRX ambil peranan sebagai Marshall (Sweeper)...





Friday, 30 March 2018

Penjaga rumah yang setia menanti kepulanganku dan ZRX...

Assalamualaikum rakan2...

Menyambut ketibaan pulang ZRX... dah 4 hari tak bersua...
Post kali ni agak lain sikit, aku nak cerita kisah 2 ekor anjing yang menumpang teduh kat rumah aku. Memang aku tau orang Melayu ni tak sinonim dengan anjing. Al-maklumlah... mentaliti kita berpendapat anjing ni adalah najis berat dan kena sertu kalau kita tersentuh.
Kita sebagai Muslim juga dilarang pelihara anjing kalau bukan atas sebab-sebab untuk jaga keselamatan, mengembala atau memburu. Dulu masa kecik-kecik kalau aku nampak anjing memang lari lintang pukang tak cukup tanah.. memang dari kecik aku phobia dengan canines ni... Dan sampai sekarang dah tua ni pun, aku masih cuak kalau anjing datang dekat-dekat... 
Sekarang ni... dah lebih 3 bulan anjing ni menumpang teduh kat kaki lima rumah aku... Kawasan keliling rumah aku ni pulak ada sedikit tanah yang boleh menanam, rumah aku ni paling hujung kat jalan mati, belakang rumah pulak ada paya yang sentiasa mengalir airnya, walaupun masa musim kemarau, tapi yang agak berisiko ialah keliling kawasan perumahan aku ni dipenuhi ladang kelapa sawit... So area rumah aku ni memang selalu jadik tumpuan binatang-binatang liar dari darat, udara & air. Jiran pulak tak ramai... dan masing-masing pulak bila keluar kerja ajer, rumah kosong... bila musim cuti sekolah... lagilah... sunyi sepi terus kawasan kejiranan..
Dulu...sebelum kedatangan 2 anjing ni, memang kerap kali, monyet dengan babi datang rosakkan tanaman, selerakkan tong sampah, pecahkan pasu bunga dan macam-macam lagi kerosakan yang lain. Paling sadis monyet ni suka tinggalkan tahi kat keliling rumah... siap selet tahi tu kat sliding door atau tingkap lagi. Naik pening kepala memikirnya... dah tak larat nak halau... nanti dia ngulang datang lagi... Babi pulang start petang jer shift dia ler.. habis dikemburnya tanah keliling rumah. Anak-anak pokok tak sempat membesar. Kadang-kadang binatang berbisa macam ular pun pernah masuk keliling rumah..
Qada' & Qadar Allah S.W.T, nak dijadikkan cerita, masa penghujung tahun 2017... ada jiran buat laporan pada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), katanya ada ancaman anjing liar kejar budak-budak masa tengah bermain. So... MDKT pun letak satu perangkap anjing betul-betul dekat dengan kawasan rumah aku.
Entah macam mana sangkar tu mengena tapi yang masuk cuma seekor anak anjing... ibunya ada, dan tak pergi jauh pasal anak dia terperangkap dalam sangkar tu. Tiap-tiap hari melolong mintak dilepaskan... masuk hari kedua MDKT masih tak datang ambik. Kitaorang pula masing-masing sibuk kerja... masuk hari ke-3.. aku tak sampai hati la pulak... kesian tengok anak anjing tu haus dan lapar... ibunya pulak tak ke mana sebab anak dia dalam perangkap tu...
So aku masukkan mangkuk plastik untuk bekas isi air dan sedekahkan sikit roti...kesian betul bila tengok anak anjing tu betul-betul kehausan dan kelaparan..
Perkara ni berlarutan sampai 9 hari... MDKT tak datang juga ambil sangkar tu... dengan anggapan jiran yang melapor tu mesti dah contact MDKT. Jiran-jiran yang lain pun ada juga datang membantu sedekah makanan... kalau mati anak anjing tu lagi kes niaya... zalim dan berdosanya kami...
Ntah macam mana.. petang hari ke-10, bila balik dari bandar, sangkar tu dah kosong... ingatkan MDKT dah kutip dan letak semula... bila check keliling rumah... Aduhai... ada rupanya nyorok kat belakang rumah... aku halau tapi apakan daya... datang semula sebab mungkin anjing-anjing tu dah anggap aku tuannya sebab pernah bagi dia makan...
Hari ke-11, MDKT datang kutip perangkap dan tak pernah datang semula sampai sekarang...
Dan bermula dari hari tu jugalah, 2 ekor anjing tu berkhidmat dengan cemerlang halau monyet dengan babi yang cuba bertandang. Cuma... ironinya.. anjing tu menumpang teduh kat luar rumah aku.
Dah jadik satu kerja pulak aku kena menghadap jiran bedekatan terangkan duduk perkara sebenar. Supaya jiran betul-betul faham dan tak timbul perkara berbangkit di kemudian hari.
Dalam pada tu jugak, hari-hari aku perati tingkah laku anjing-anjing ni... nampaknya macam tak mengancam anak-anak jiran. Budak-budak kecik selalu main basikal depan rumah, menyalak pun tidak... mungkin anjing liar lain agaknya yang kejar budak-budak tempoh hari.
Kalau ada tetamu datang pun anjing ni tak menyalak bising, cuma kekadang anjing-anjing ni keluar nak tahu sapa yang datang. Huhuhuhuhuhu...


Kawalan Malam sedang dilaksanakan... anak anjing tengah rehat dan bergilir shift dengan ibunya, dalam masa 3 bulan dah besar macam sekarang ni...

Aku masih belajar lagi macam mana nak handle dan fahamkan tingkah laku anjing ni... setakat ni aku dah boleh arah anjing-anjing ni duduk diam dan tunggu dulu masa bagi sisa makanan. Anjing ni binatang yang mudah masuk ajar.
Aku tak nampak lagi najis anjing ni kat laman rumah aku... pernah aku perasan, anjing-anjing ni akan berak jauh dari kawasan rumah... tempat yang tak akan terpijak orang.
Lagi pun tak payah di bayar gaji, cuma sedekahkan sisa makanan ajer... dia tahu jaga harta benda dan tanam-tanaman. Cuma agak bising sikitlah sebab anjing-anjing ni cuba nak bagitau kita kalau ada ancaman yang datang.
Cuma yang harunya, sejak akhir-akhir ni... anjing-anjing ni ada perangai baru la pulak, bila time aku nak pergi kedai berdekatan, diikutnya kenderaan kita sampai kedai tu... malu wei... kat luar kedai, anjing ni tolong jaga kenderaan kita. Hahahahahaha... setia sampai ke situ la pulak.
Dan aku tak dapat bayangkan masa nak pergi solat jumaat hujung minggu ni, anjing-anjing ni follow aku sampai masjid... haru biru dibuatnya beb... huhuhuhuhuhuhu...

Wednesday, 7 March 2018

Radiator Oh! Radiator (16 February 2018)

Assalamualaikum rakan-rakan...
Dah lama benar tak menulis dalam blog ni... sepanjang tahun 2017, langsung aku tak masukkan apa-apa post... macam takde cerita yang boleh di share dalam blog ni sepanjang tahun tu. Hihihihihi...

So untuk post kali ni aku nak cerita kisah radiator aku yang bocor masa nak ride ke Hat Yai untuk Program Transformasi Pendidikan Antarabangsa Guru Aktif Kokurikulum Malaysia - Thailand & Ziarah Kasih Menteri Pendidikan Malaysia (16 - 18 Februari 2018) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia... bukan senang nak dapat peluang macam ni..


Kalau ikut anggaran... lebih kurang 140 warga pendidik yang ada motor berkuasa besar join program ni... sebab purata satu negeri dalam 10 orang. Kami dari Johor dengan kekuatan seramai 8 orang sahaja.

So pagi 16 Februari 2018 tu, lepas persiapan yang rapi dibuat... aku pun panaskan motor dan bergegas ke R&R Machap untuk RV kat sana. Lepas isi minyak full tank kat Machap... iyelah benda nak berlaku... memang tak dapat diduga... masa nak melangkah kaki naik motor, aku nampak macam kaki seluar belah kanan ada kesan basah macam percikan minyak... hati aku tak sedap.. mesti ada yang tak kena ni...

Aku tolak motor ke tepi... Lepas aku teliti betul-betul enjin atas bawah... luar dalam.. semua celah aku tengok...

Akhirnya... Aduhai... aku nampak ada kesan basah pada radiator... confirm radiator problem dalam hati aku... semalam masa Flag Off kat Jabatan Pendidikan Negeri Johor macam takde masalah...

So aku cuba sedapkan hati... jalan pelan-pelan boleh ni... sebab Ketua Konvoi bagitau top speed cuma kena maintain 120km/j ajer... tadi mungkin aku speeding sebab tu la bocor dia banyak... aku check coolant reservoir tank pun macam tak luak... macam boleh ni... kawan-kawan yang lain pun bagi kata semangat untuk teruskan perjalanan.

Jadik aku pun teruskan perjalanan sampai R&R Ayer Keroh... sambil-sambil menunggang tu aku cuba intai-intai coolant yang keluar... mula-mula okay... memang ler top speed 120km/j tapi bila kita duduk belakang dan nak kejar semula kumpulan yang kat depan... speed dah cecah 140km/j... maka coolant pun meleleh keluar... tak boleh jadik... huhuhuhuhu...

Lepas rehat dan isi minyak kat R&R Ayer Keroh... jumpa kawan-kawan dan sampaikan hajat tak dapat teruskan perjalanan... aku tak nak susahkan kawan-kawan sepanjang perjalanan ke sana nanti... lagipun ni musim Raya Cina.. mana ada kedai bukak... daripada amik risiko dan tambah rosak enjin yang lain... so aku pun U-Turn kat Simpang Ampat.. ride pelan-pelan menghala ke Kota Tinggi semula dengan kelajuan 80km/j...

Dan sepanjang perjalanan pulang atas Highway, aku cuma dapat potong satu kenderaan ajer... Suzuki Gamma pakcik India yang bawak... Yang lain semua potong aku termasuk lori tanker dan EX5... huhuhuhuhu...sungguh menguji kesabaran... 

Sampai rumah petang... malamnya terus bukak radiator yang bocor. Cuba check guna visual carik kesan crack atau bocor... tapi naik berpinar mata... memang tak jumpa..

Lepas Raya Cina... aku carik kedai tampal radiator area Kota Tinggi.. bila check dengan pressure air dan water memang ada bocor tapi belah belakang radiator... aku garuk kepala yang tak gatal... macam mana boleh bocor belah belakang yer? Kalau belah depan tu mungkin logik kena batu atau serpihan besi yang terbang masa jalan.

Tampal kat kedai... rasanya bukan Brazing (Meloyang)... mungkin pomen guna epoxy resin... kos RM20.00... aku pun tak berapa faham sebab first time kena pengalaman tampal radiator bocor macam ni.

Komponen-komponen radiator yang dah dileraikan satu-persatu pun dah siap dicuci dan ready untuk dipasang semula... 

Coolant LIQUI MOLY (jenis minyak), Oil Filter dan O-Ring baru... aku dapatkan kat Motormatic Motor Enterprise, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai..

Buat kerja kat ruang tamu ajer... (sila abaikan benda yang tergantung itu). Kalau macam ni baru betul Naked Bike... tanpa seurat benang... Aku cuci sekali kesan-kesan coolant yang meleleh keluar masa radiator bocor. Coolant ni tajam dan boleh kakis cat dan logam...

Servis sekali Engine Oil dan tukar Oil Filter baru. Alang-alang dah turunkan exhaust.... Engine Oil aku beli kat BikeWorld Tebrau...

48,855km untuk servis kali ni... next service 52,355km... ambik 3,500km sebagai period tukar engine oil pasal motor ni jarang-jarang keluar rumah. Hayat ZRX aku ni lebih banyak dihabiskan atas pad dock jer... hihihihihihi...
Selesai urusan tukar coolant baru dan servis oil filter... Aku pun try lah hasil tampalan radiator tu.. Start engine.. aku tunggu sampai engine betul-betul panas...nampak macam coolant tak memancut keluar lagi...

So aku amik helmet... sebab nak uji keberkesanan tampalan... masuk gear satu.. jalan dan tak sampai pun 1km coolant dah meleleh keluar.. bila pressure kuat dari dalam radiator, tampalan tu tak boleh tampung...

Aduhai... rugi coolant dah ni... aku U-turn balik... sampai rumah matikan engine motor... termenung kejap... dalam hati macam geram kat pomen yang tampal radiator aku ni pun ada... kerja cincai dan sepatutnya dia dah siap awal-awal bagitau kena brazing baru tampalan lebih kukuh... nak buat macam mana kan...

Aku pun tak fikir panjang terus contact Mr. Man... Motormatic Motor Enterprise... tanya status stock radiator baru dekat HQ Kawasaki...

Sementara menunggu berita radiator baru... aku buka dan check semula kesan tampalan yang bocor tu...

Kali ni aku korek semula bekas tampalan dan check semula crack kat bekas tampalan guna pam angin dan air sabun... buat sendiri jer.. mula-mula nampak buih keluar dan memang ada crack kecil rupanya.. so aku selak lagi sikit supaya senang nak detect masa nak menampal semula nanti. Lepas ni aku plan nak Brazing pulak bocor ni... radiator ni nanti boleh guna untuk emergency case... barang rare dah ZRX ni...

Dalam masa yang sama.. dapat info dari Mr. Man yang stock radiator cuma tinggal satu ajer kat HQ Kawasaki... so tanpa berlengah aku order radiator baru dari Mr. Man ... 3 hari terus dapat... tapi harga dia memang mandi basah kuyup lah...

Radiator lama dan baru... Part Number : 39060-0069... yang atas radiator asal... yang belah bawah tu stock baru...

Resit pembelian radiator baru... dia punya harga memang mandi basah kuyup lencun habis atas bawah beb! RM1,977.50 (siap GST lagi)... tapi nak buat macam mana kan... benda nak pakai... layan ajelah...
Benda ni semua aku anggap ujian Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t... syukur aku tak ikutkan hati dan perasaan teruskan kehendak aku ke Hat Yai.. aku rasa kalau aku teruskan jugak, pastinya masalah besar yang lain akan menimpa.


Dan pada 27 Februari 2018 yang lepas... aku dapat surat panggilan dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor mintak turut serta hadir ambil sijil perhargaan bersama-sama dengan 7 rakan yang lain.. Aik! tak sampai sana pun dapat sijil ke? Mungkin atas dasar kebersamaan dan menghargai penglibatan aku.