Seharian Bersama ZRX1200 DAEG

Saturday, 16 April 2016

Tukar tayar buat kali kedua & set rantai

Tayar Angel GT yang aku dah mula merekah... Tayar belakang masih boleh guna dalam 2000km lagi... Tayar depan pun sama cuma dah tak sedap pasal dah mula wujud "Slip Zone", so memang dah sampai masa kena tukar lagi la ni. 

Kali ni Mr. Man (Kawasaki Service Centre Taman Tunku Tun Aminah) cadangkan Angel ST pula. Katanya Angel ST lebih tahan berbanding Angel GT.

Set rantai ni aku dapatkan dari BikeSeven Tebrau.. Sprocket Sunstar 18T - 44T.... rantai RK GV525X-XW... Sprocket Sunstar ni dia punya ringan macam plastik.. materialnya ialah Duralumin..


Tayar baru yang bakal berjasa pada ZRX ku... Angel ST...

Pad dock depan belakang.. dan operasi tukar kasut baru pun bermula...

Menunggu kasut baru...

Tayar Angel GT yang telah banyak berjasa... walaupun pernah bocor tapi masih dapat memberikan khidmat yang terbaik..

Masukkan set rantai baru!

Tu dia... zoom in bagi nampak jelas sikit..